KANGAR: Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli, kini menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami sakit dada sebaik kembali dari luar negara.
Pejabat menteri besar memaklumkan beliau dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas mengadu sakit dada.
“Setakat ini, keadaan beliau stabil dan mohon semua rakyat Perlis mendoakan agar beliau sihat sejahtera dan dilindungi Allah daripada sebarang musibah,” menurut kenyataan di Facebook.

