Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anak sulung Bung Moktar dinamakan sebagai calon BN di PRK Kinabatangan


KUALA LUMPUR:  Mohd Naim Kurniawan Moktar, anak sulung kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, telah dinamakan sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan yang dijadual berlangsung 24 Januari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Naim yang juga Penolong Bendahari Pemuda UMNO bukan sahaja aktif dalam gerak kerja parti, malah dikenali sebagai individu berdisiplin, berprinsip dan dekat dengan masyarakat di peringkat akar umbi khususnya dalam kawasan Parlimen terbabit.

"Terima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional, YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Zahid bin Hamidi atas kepercayaan dan amanah sebagai Calon Barisan Nasional PRK Parlimen Kinabatangan." ujar Naim di Facebook.

"Ini bukan hanya sekadar mandat parti, tetapi sekaligus membawa tuntutan pembelaan daripada seluruh rakyat di Kinabatangan.

"Alangkah sempurnanya jika “moment” ini disaksikan oleh bapa saya. Namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

"Takziah dan tahniah ini akan dipikul bersama dan akan diperjuangkan dengan sepenuh jiwa, kudrat serta keikhlasan."ujarnya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada 24 Januari ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, dilaporkan berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 10 dan 20 Januari ini.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian Bung Moktar pada 5 Disember lalu.

Bung Moktar, 66, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pagi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gleneagles.