Hamas tolak 20 pelan Trump tamatkan perang Israel Gaza, ini sebabnya
Pemimpin kanan Hamas, Osama Hamdan, memberitahu bahawa pelan Trump terpaksa ditolak adalah disebabkan berikut:
-
Pembebasan tebusan memerlukan rundingan, dan akan mengambil masa lebih daripada 72 jam.
-
Hamas menolak sebarang penglibatan bukan-Palestin dalam menguruskan Gaza.
-
Hamas menolak kemasukan pasukan pengaman asing atau pentadbiran asing di Gaza.
-
Hamas bersetuju menyerahkan tadbir urus Gaza kepada teknokrat Palestin, atau kepada sebuah badan kebangsaan Palestin yang berhubung dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk mengurus Gaza.
-
Hamas tidak akan dikecualikan daripada politik dan pentadbiran Palestin.
-
Hamas menuntut respons positif daripada Trump terhadap respons “positif” yang diberikannya.

