Aktivis Sumud Flotilla akan dilayan seperti 'pengganas' -Menteri Keselamatan Israel (video)
NEGEV: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir pada Jumaat berkata para anggota Global Sumud Flotilla akan dilayan sebagai “pengganas”.
"Seperti yang saya janjikan, ahli flotilla itu, penyokong keganasan, kini berada di penjara keselamatan.”kata Yahudi mabuk itu ketika berucap dari Penjara Ktzi'ot, tempat para anggota Global Sumud Flotilla kini ditahan.
"Permainan sudah tamat. Mereka kini mendapat layanan seperti semua pengganas.
"Baju penjara pengganas. Keadaan seperti pengganas. Maksud saya, ini adalah minimum daripada yang paling minimum. Itulah yang saya janjikan dan begitulah cara kita akan buat." ujar Yahudi mabuk tersebut lagi.
Untuk rekod, dengan kira-kira 500 peserta dari pelbagai negara menaiki sekurang-kurangnya 42 kapal, Global Sumud Flotilla berlayar membawa bantuan kemanusiaan dalam usaha bersejarah untuk membuka koridor kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Ia merupakan inisiatif terbesar yang diketuai orang awam yang pernah dilakukan untuk cuba memecahkan sekatan haram Israel ke atas Gaza.
-TunCarlos
video: