PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla dari Malaysia dibebaskan dan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ramon di Selatan Israel.
Menurutnya, kumpulan berkenaan akan menaiki pesawat ke Istanbul, Turkiye sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
“Mereka akan berada di Istanbul mungkin satu setengah atau dua hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur,” katanya menerusi Taklimat Khas berkaitan usaha pembebasan aktvis dan sukarelawan Malaysia serta Pelan Damai Gaza.

