Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dakwaan suspek kes tikam ada masalah mental adalah tidak benar -Polis


Pihak sekolah mengetahui suspek dalam kejadian tikam pelajar di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya Selasa lalu hanya mempunyai masalah pembelajaran, kata Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar.

Katanya dakwaan yang tersebar yang mengaitkan pihak sekolah mengetahui suspek berusia 14 tahun itu mempunyai masalah mental adalah tidak benar.


‎‎"Saya berpendapat tidak adil‎ untuk saya memberikan komen tentang keadaan mental tersebut kerana pihak polis bukan pakar psikiatri, justeru kita perlu merujuk kepada pakar yang sepatutnya.

"Dari segi fizikal, keadaan semasa (suspek) nampak okey, itu saja saya boleh katakan.

‎‎"Setakat siasatan hingga kini, saya‎ dimaklumkan bahawa suspek ada menjalani proses kaunseling pemulihan untuk membaiki dari segi kaedah pembelajaran dia, bukan dari segi kesihatan mental atau personaliti dan perkara ini diuruskan oleh pihak sekolah," katanya.

Shazeli berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Walkabout Bersama Usahawan Little India sempena dengan sambutan Deepavali di Jalan Tengku Kelana, di Klang hari ini.

‎‎Shazeli berkata polis juga sedang melihat kepada pengaruh permainan video serta kandungan media sosial tertentu yang berkemungkinan menjadi faktor pendorong kepada tindakan kejam itu.

Dia berkata dua lagi individu dipanggil untuk dirakam keterangan mereka, manakala hasil bedah siasat terhadap remaja perempuan yang terbunuh itu akan diketahui dalam masa sebulan.

‎‎"Polis kini sedang meneliti semua aspek termasuk motif dan pengaruh luar yang mungkin mendorong tindakan suspek," katanya.

‎‎Semalam, media melaporkan remaja lelaki yang menikam rakan sekolahnya itu didapati meminati mangsa secara rahsia.

‎Mahkamah majistret semalam turut membenarkan reman selama tujuh hari terhadap suspek bagi membantu siasatan.

‎- Bernama
l