Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Binatang pun sayangkan anak ' -Abang Mangsa bunuh Juru


BUKIT MERTAJAM: "Adik tidak pernah bercerita masalahnya, dia sentiasa ceria seperti tiada apa-apa... saya tak boleh terima dia dan anaknya dibunuh, binatang pun sayangkan anaknya."

Itu luahan Bismi Che Hin, 60, abang kepada Allahyarham Sariya Che Hin, 51, dan anak perempuannya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, yang mati dibunuh di Kampung Sekolah Juru, di sini, malam tadi.


Menurutnya, Allahyarham yang juga adik bongsu daripada enam beradik mendirikan rumah tangga kali kedua beberapa tahun lalu dan kerap berpindah sebelum menyewa di rumah lokasi kejadian berkenaan.

Katanya, kali terakhir dia bertemu adiknya itu pada hari raya lalu dan majlis perkahwinan anak lelaki Allahyarham dengan suami pertama, baru-baru ini

"Arwah mempunyai seorang anak dan dia mengambil anak angkat yang juga anak saudara yang dibela sejak kecil. Saya mendapat maklumat kejadian menimpa arwah dan anak perempuannya itu daripada mesej adik beradik lain yang mengatakan arwah mati dibunuh.

"Pada mulanya memang tak percaya dan terus mencari maklumat bagi mendapatkan pengesahan. Apabila ia sah, saya terus bergerak ke Pulau Pinang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, di sini hari ini.

Mayat Sariya dan Nur Afrina Alisha ditemukan jam 7.30 malam tadi sebelum dibawa ke unit forensik untuk proses bedah siasat.

Jelasnya, kejadian menimpa adik serta anak saudaranya itu memang tidak dapat diterima sama sekali kerana ia terlalu kejam dan berharap polis menahan pelaku dengan segera supaya mendapat hukuman setimpal dengan apa yang dilakukan.

"Kami (adik beradik) jarang berjumpa kerana orang tua kami sudah tiada. Jadi masing-masing membawa haluan dengan keluarga tetapi hubungan kami tetap akrab apabila saling berhubung yang mana saya sentiasa menasihati arwah supaya jaga diri, jaga mulut daripada berkata yang bukan-bukan.

"Jun lalu, saya ada WhatsApp arwah minta tolong berkaitan urusan PERKESO kerana saya tidak dapat bekerja akibat tangan patah selepas terjatuh di kilang tempat saya bekerja," katanya.

Jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jeneri, Kedah sebaik proses bedah siasat selesai.