KLANG, 2 September 2025 – Isteri kepada pemain sayap Selangor FC, Nur Syazwani Mizuana Shahril, telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Faisal Halim, di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pada Selasa.
Permohonan tersebut telah disebut di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim kira-kira jam 2.30 petang.
Faisal, atau nama sebenarnya Mohd Faisal Abdul Halim, mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan.
Terdahulu, nama Faisal pernah mendapat perhatian umum susulan kejadian pada 5 Mei 2024, apabila beliau menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara. Insiden tersebut menyebabkan beliau terpaksa menerima rawatan di hospital selama hampir tiga minggu.
Pada 8 Mei 2024, peguam yang mewakili Faisal memaklumkan bahawa kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) oleh pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).
![]() |
Kenyataan isteri Faisal |