Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Israel ikrar sekat Sumud Flotilla ke Gaza, dakwa mereka berkhidmat untuk Hamas


Baitulmaqdis: Israel semalam berikrar tidak akan membenarkan flotilla yang membawa bantuan ke Gaza untuk menembusi sekatan terhadap wilayah Palestin itu.

"Israel tidak akan membenarkan mana-mana kapal memasuki zon peperangan aktif dan tidak akan membenarkan pelanggaran sekatan laut yang sah," kata Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan, sambil menuduh Hamas mengatur flotilla itu untuk kepentingan kumpulan berkenaan.


Kementerian itu berkata, kapal-kapal berkenaan akan dibenarkan berlabuh di Ashkelon sebelum bantuan boleh disalurkan ke Gaza.

"Jika hasrat sebenar peserta flotilla adalah untuk menghantar bantuan kemanusiaan dan bukannya berkhidmat untuk Hamas, Israel menyeru kapal-kapal itu berlabuh di marina Ashkelon dan memunggah bantuan di situ, di mana ia akan dipindahkan segera secara berkoordinasi ke Semenanjung Gaza," kata kementerian itu.

Flotilla Global Sumud yang turut membawa penyokong pro-Palestin terkenal termasuk aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg memulakan pelayaran ke Gaza pada awal bulan ini dari Tunisia selepas beberapa kali tertangguh.

Ia bertujuan untuk memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza dan menghantar bantuan ke wilayah itu.

Sebelum berlepas, pihak penganjur menyatakan dua daripada botnya menjadi sasaran serangan dron.

Israel sebelum ini menyekat dua percubaan oleh aktivis untuk sampai ke Gaza melalui jalan laut pada Jun dan Julai lalu.

Kedudukan terkini 50 flotilla sumud.