Jawatankuasa Disiplin FIFA telah mengenakan tindakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano kerana melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berhubung pemalsuan dokumen.
FAM didapati telah menghantar pertanyaan kelayakan kepada FIFA dengan menggunakan dokumen yang telah dipalsukan untuk membolehkan pemain-pemain tersebut beraksi.
Semua tujuh pemain berkenaan telah diturunkan ketika Malaysia menentang Vietnam pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia AFC Arab Saudi 2027 pada 10 Jun 2025. Perlawanan itu kemudian mencetuskan aduan rasmi kepada FIFA mengenai kelayakan beberapa pemain terbabit.
Selepas meneliti bukti yang ada, Jawatankuasa Disiplin FIFA menjatuhkan hukuman berikut:
- FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF 350,000 kepada FIFA.
-Setiap pemain yang terlibat dikenakan denda CHF 2,000.
Keputusan ini menandakan tindakan tegas FIFA terhadap sebarang bentuk pemalsuan dokumen dan penipuan berkaitan kelayakan pemain.
Setakat ini belum ada kenyataan dari pIhak FAM.