Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis temui dadah heroin dalam kereta anak bekas PM


PETALING JAYA: Seorang lelaki yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri ditahan polis selepas sejumlah dadah ditemui dalam kereta miliknya di Lebuh Raya Sprint, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki berusia lingkungan 20-an itu.


"Ya, saya sahkan (penahanan itu)," katanya tanpa mengulas lanjut ketika dihubungi.

Berdasarkan maklumat, tangkapan itu dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh anggota dan pegawai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sekitar Damansara, dekat sini.

Dalam operasi itu, kereta milik suspek diperiksa dan polis turut menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

Suspek difahamkan turut mempunyai rekod kes lampau berkaitan dadah.

Tarikh/Masa: 23/08/2025 @ 0420 hrs

Tempat: Lebuhraya Sprint KM 0.6 sebelum Tol Damansara

Rekod Lampau:
- Seksyen 12(2) ADB : (1) kes
- Seksyen 12(3) ADB : (1) kes

Barang Rampasan:
- (1) paket lutsinar bertulisan MOTMOD mengandungi Dadah jenis Heroin (A/B: 3.16 gram)
- (1) Kotak kecil bertangkai warna kelabu bertulis (Baseus)
- (1) Kotak kecil warna hitam (Zippo)
- (1) Keping Foil
- (1) Straw warna putih





­