Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ajak bertumbuk, Ahli Parlimen PAS Pendang digantung Parlimen 10 hari (video)


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang mewakili PAS, Datuk Awang Hashim digantung kehadiran di Dewan Rakyat selama 10 hari, susulan isu mencabar Ahli Parlimen lain bertumbuk di luar Parlimen, minggu lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, ketika membuat keputusan itu berkata arahan berkenaan berkuatkuasa bermula hari ini, dan ia diputuskan mengikut peraturan Mesyuarat 42 (2).


"Ini keputusan saya bahawa mengikut peraturan mesyuarat 42 (2), saya memerintahkan Pendang untuk keluar dari Dewan selama 10 hari mulai hari ini," katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Johari turut memberi amaran supaya Ahli Parlimen tidak lagi menyebut bahawa PAS adalah Parti Ajaran Sesat selain melabel mana-mana Yang Berhormat sebagai kafir, di dalam Dewan Rakyat.

Johari berkata, tindakan akan diambil sekiranya dua perkataan itu masih lagi disebut di Dewan Rakyat.

"Walaupun saya tahu dan dapat video mantan perdana menteri (Ahli Parlimen) Pagoh pernah sebut itu, mantan Perdana Menteri (bekas Ahli Parlimen Langkawi) pernah sebut, tetapi itu disebut di luar dan ia bukan urusan saya.

"Biar pihak berkuasa lain ambil tindakan, namun jika berada dalam Dewan, janganlah...cukuplah. Ia tidak beri manfaat malah ia menyebabkan bermusuhan dengan menyatakan PAS, parti ajaran sesat, ada sensitiviti di situ.

"Saya juga sebut kali kedua, jangan panggil kawan-kawan kita kafir. Kafir mengkafir tidak elok, anak-anak dengar pun pelik. Perkataan itu kadang-kala jadi salah faham dan ia boleh membara. Untuk membina sebuah rumah itu cukup lama, tetapi untuk membakarnya amat pantas," katanya.

Minggu lalu, ketika sesi soal jawab, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) bangun membangkitkan isu keselamatan Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat dan menuduh Awang membuat ancaman fizikal.

Ia bermula dengan kekecohan apabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang (PN-Marang) mengakhiri debatnya dengan pantun yang menggesa pemimpin PH, terutamanya dari DAP, meletakkan jawatan dalam kerajaan.

Chong Zhemin (PH-Kampar) dari DAP kemudian bangun untuk merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(1), mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang tidak relevan dengan agenda perbahasan berkaitan Rancangan Malysia ke-13 (RMK13).

Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan cadangan supaya bukan hanya Awang diambil tindakan, tetapi ia turut diputuskan terhadap Rayer.

video: