Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pahang akan rampas semula semua kerusi PAS


BENTONG : Kerajaan Negeri Pahang akan mengatur pelbagai program strategik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dalam usaha merampas semula kerusi yang kini dimiliki pembangkang di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha memperkukuh sokongan terhadap Kerajaan Negeri sedang giat dilaksanakan termasuk menerusi bantuan kepada rakyat seperti penyelesaian isu bekalan air menjelang 2026 serta pelbagai insentif pendidikan untuk anak-anak Pahang.


"Walaupun belum sempurna, prestasi Kerajaan Negeri semakin baik dan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa demi kepentingan rakyat.

"Penubuhan Akademik Pahang First, yang bertujuan memperkukuh kefahaman dan semangat generasi muda terhadap perjuangan UMNO, di samping Sekolah Patriotik UMNO sebagai satu inisiatif baharu bagi mengekalkan kesinambungan kepimpinan parti," katanya kepada media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan sekolah (patriotik) itu memberi pendedahan terhadap isu-isu semasa seperti ekonomi digital, perpaduan nasional dan cabaran global, ini menunjukkan UMNO serius dalam penyesuaian menghadapi cabaran zaman moden.

"Dalam masa sama, beliau menyelar pendekatan pembangkang yang didakwa hanya menabur janji tanpa tindakan.

"Kita tidak berjanji kosong. Kita berjanji dan kita laksanakan untuk rakyat Pahang," katanya.