Menteri Besar Pahang, Dato Seri Diraja Wan Rosdy Bin Wan Ismail hari ini tampil mempertahankan keputusan mahkamah terhadap Dato Seri Najib Razak yang memberi keputusan bebas (DNAA) dalam kes SRC.
Berbeza dengan respon dari bekas Timbalan PKR, Rafizi Ramli yang menggesa kes tersebut di mohon perbicaraan semula.
Tindakan Rafizi dilihat amat janggal dan kurang cerdik kerana cuba menikam belakang pemimpin dari parti yang berada di dalam gabungan kerajaan hari ini.
Walaupun begitu, Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Besar Pahang terus memberikan sokongan terhadap Najib sejurus Rafizi mengeluarkan kenyataan.
Menurut Wan Rosdy, keputusan tersebut merupakan kemenangan moral untuk ahli-ahli UMNO.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Dato' Sri Najib Tun Razak hari Ini dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn. Bhd." ujar Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO.
"Keputusan ini merupakan kemenangan moral kepada Dato' Sri Najib, keluarga dan juga ahli-ahli UMNO.
"Semoga Dato' Sri Najib terus diberikan kekuatan, ketabahan serta keadilan sewajarnya dalam menghadapi pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau." ujarnya lagi.