Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kejadian tembak di Meru pula, lelaki tempatan maut


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di Meru, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 3.37 petang daripada anggota rondaan yang sedang bertugas di lokasi berkenaan.


“Kejadian berlaku di hadapan sebuah premis menjual motosikal di Lorong Mahang 1, Taman Meru Utama, Meru, Klang.

“Sejurus maklumat diterima, sepasukan polis menghala ke tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Vijaya Rao berkata, hasil siasatan awal mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 46 tahun ditemui dalam keadaan mengiring dan berlumuran darah di tempat duduk pemandu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambah Vijaya Rao, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian.

Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan M Sathiyaseelan di talian 012-5197913 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

VIDEO: