Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mayat lelaki berulat ditemui di Jalan Sultan Ismail

 

Kuala Lumpur: Mayat seorang lelaki yang sudah berulat ditemui di kawasan hutan berhadapan bangunan Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima maklumat daripada lelaki memaklumkan penemuan mayat itu.


Menurutnya, siasatan di tempat kejadian dapati kawasan adalah hutan kecil dan berbukit.

"Si mati lelaki bangsa dan umur tidak dapat dipastikan dengan keadaan sudah berulat.

"Lelaki berpakaian T-shirt warna kelabu, berseluar pendek warna biru cerah, bertali pinggang dan memakai selipar warna biru," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan tubuh badan mayat setakat ini tidak menjumpai apa-apa dokumen.

"Mayat dibawa ke forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat yang akan dijalankan esok dan kes diklasifikasikan kematian mengejut (SDR)," katanya.