Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lapan polis FRU maut nahas dengan lori batu


TELUK INTAN - Sekurang-kurangnya lapan dilaporkan maut dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertembung dengan lori muatan batu di Jalan Chikus -Sungai Lampam di sini pada Selasa.

Maklumat awal memaklumkan, kesemua mangsa yang maut merupakan anggota FRU dengan sebahagiannya cedera parah akibat tersepit.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan jam 8.54 pagi melibatkan kenderaan FRU membawa 15 penumpang dan pemandu.

"Setakat ini mangsa yang disahkan maut seramai lapan orang. Mangsa yang dikeluarkan telah dihantar ke hospital.

"Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas Op Chariot di Teluk Intan.

Anggota yang meninggal dunia di tempat kejadian.

1. Sjn 1444998 Perumal A/L Sugunanathan
2. Kpl 175697 Nurit Ak Pandak
3. Kpl 182015 Amiruddin Bin Zabri
4. Kpl 158356 Mohd Pozli Bin Jaudin
5. Kpl 192419 Akmal Bin Muhamad
6. Kpl 191640 Mohamad Hilmi Bin Mohd Azlan
7. L/Kpl 212315 Damarrulan Bin Abdul Latif
8. Konst 240170 Akmal Wafi Bin Annuar

10 anggota yang cedera di bawa ke Hospital Teluk Intan.

1.kpl 145958Haslizal bin mohd Ali
2.kpl 195894 Syed isfan bin syed mohd
3.sjn 139425 mazlan bin mat
4.sjn 145088 Mohd Parih bin Ali
5.kpl 187267 Mohd harrisul ikhsan bin mohd mahabudin
6.kpl 160486 Nizam bin tarmizi
7.kpl 196255 Mohammad Zulnaidi bin Muhammad Zullkifli
8.kpl 162748 Mohd Izwan bin Hj ishak
9 SJN 151074 Mohd Roslan bin Abd Rahim
10.lkpl 213379 Muhammad Aniq Taufiq bin Rozi

Untuk makluman.