Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenderaan Ahli Parlimen Sri Gading dirosakkan seorang individu


Batu Pahat: Sebuah kenderaan kegunaan Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading di sini dirosakkan individu tidak dikenali, semalam.

Dalam kejadian dipercayai jam 11 pagi itu, cermin depan dan belakang serta sisi Toyota Estima berkenaan dipecahkan suspek menaiki motosikal.


Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan berkata, kejadian itu disedari pegawainya sebelum mengejar lelaki itu namun tidak berjaya.

Aminolhuda


Namun, nombor pendaftaran motosikal lelaki itu berjaya direkodkan sebelum diserahkan kepada polis.

"Sejurus insiden itu berlaku, satu laporan dibuat di Balai Polis Yong Peng dan polis bertindak pantas dengan membuat tangkapan pada hari yang sama.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat atas tindakan pantas menahan pelakunya," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.

Katanya, kes itu sudah diselesaikan dan kejadian itu bukan bermotifkan politik sebaliknya suspek mempunyai masalah mental.