Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis buru lelaki melancap di tempat awam


KUALA LUMPUR – Polis telah mempergiatkan usaha mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dalam kejadian di daerah Sri Petaling di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian itu terbongkar selepas satu video telah dimuat naik pemilih akaun X dikenali sebagai @NeGORi9 lebih kurang 12.54 tengah malam.


“Pengamatan dan siasatan terhadap video itu mendapati ia memaparkan perbuatan seorang lelaki bangsa tidak pasti, sedang melakukan onani di tempat awam berhampiran sebuah syarikat yang terletak di deretan bangunan Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu pengamatan video berdurasi 56 saat itu, MalaysiaGazette mendapati lelaki yang tidak berpakaian itu melakukan perbuatan tersebut secara terbuka tanpa mempedulikan kenderaan yang lalu di kawasan berkenaan.

Susulan itu,  polis sedang giat mengesan individu yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam itu seperti tular di video viral itu.

Beliau berkata, kertas siasatan lah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan kehormatan seseorang dengan menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau menunjukan apa-apa benda.

Kes juga sedang diteruskan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1995, yang mana jika disabitkan kesalahan di Bawah Seksyen 509,suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis pada masa yang sama, menasihatkan orang awam untuk tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung dengan video tular ini.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan, kata Ku Mashariman lagi.- MalaysiaGazette