Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Calon PN Kuala Kubu Bharu enggan jawab isu hutang peribadi


HULU SELANGOR: Selepas kontroversi mengenai status akademiknya, calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.

Walau bagaimanapun, pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu mengambil langkah selamat apabila mengelak daripada mengulas isu tersebut ketika ditanya pemberita selepas Ceramah Perdana PN di Batang Kali, malam Rabu.


Beliau memberi alasan perlu ke lokasi lain walaupun had waktu berkempen dalam setiap pilihan raya setakat jam 12 tengah malam.

"No comment (tiada komen), terima kasih. Saya perlu ke lokasi lain," katanya ringkas ketika diminta mengulas perkara itu.

Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan kreadibiliti calon PN kelahiran Felda Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

Sejak hari penamaan calon PRK pada 27 April lalu, Khairul Azhari berdepan kontroversi apabila pelbagai pihak mempersoalkan kelayakan ijazah sarjana tanpa memiliki ijazah sarjana muda.