Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Negara hilang RM277 billion akibat rasuah sejak 5 tahun lalu


PUTRAJAYA: Negara kehilangan sejumlah RM277 bilion akibat rasuah dalam tempoh lima tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, berkata kerugian itu adalah berdasarkan perkiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari tahun 2018 hingga 2023.


Beliau berkata, RM277 bilion itu adalah angka yang terlalu besar dan seharusnya diselamatkan dan digunakan untuk membantu rakyat dan meningkat infrastruktur awam seperti membaiki sekolah dan hospital.

"Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) yang dilancarkan hari ini perlu memberi impak dan dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan metodologi bagi mengenal pasti bidang-bidang yang terdedah kepada risiko terkini rasuah dalam negara.

"Antaranya adalah melalui dapatan penyelidikan sektor-sektor yang cenderung kepada rasuah, salah guna kuasa, ketirisan, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran serta tatakelola yang telah dibentangkan dalam Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah, tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Yang turut hadir dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.