Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pejabat Mat Sabu kecoh, pengembala tunjuk perasaan


Pengembala lembu dan kambing dari pelbagai negeri berdemonstrasi di depan pejabat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya susulan larangan memasuki kawasan ladang sebuah syarikat sawit.

Kumpulan itu–yang menamakan diri mereka Gabungan Penternak Marhaen Nasional–menuntut campur tangan menterinya Mohamad Sabu melalui satu memorandum tuntutan.


Memorandum diserahkan kepada setiausaha politik menteri Yuhaizad Abdullah, yang menurut mereka akan meminta pertemuan dengan Mohamad dalam tempoh tiga minggu.

Dalam memorandum tujuh halaman itu, mereka antaranya menyifatkan tindakan itu sebagai kejam.

“Ini tidak boleh diterima kerana kami tiada masalah dengan pengurusan Sime Darby dalam tahun-tahun sebelum ini,” menurut memorandum itu.

Menurut mereka, notis larangan itu dikeluarkan di Estet Sungai Buloh pada 10 Januari dan Estet Bukit Cheraka pada 24 Januari.

Malaysiakini sudah menghubungi Sime Darby untuk mendapatkan maklum balasnya.