Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Facebook dan Instagram alami gangguan seluruh dunia


KUALA LUMPUR:— Jika anda baru sahaja ditendang keluar daripada akaun Facebook atau Instagram anda semasa sedang melayari, anda tidak bersendirian.

Platform media sosial Meta pada masa ini tidak berfungsi, dengan kedua-dua Instagram dan Facebook gagal untuk memuatnaik segala maklumat. 


Dilaporkan lebih 44,000 gangguan pada 10:13 a.m.

Kini tersebar khabar angin mengatakan gangguan ini terjadi akibat serangan Houthi Yaman ke atas kabel internet antarabangsa.

Walaubagaimanapun, ia tidak tepat kerana internet masih boleh digunakan dan gangguan hanyalah ke atas Facebook dan Instagram sahaja. 

Pihak Meta telah dihubungi untuk mendapatkan maklumat mengenai gangguan tersebut.

TERKINI: Facebook dah kembali berfungsi seperti biasa.