Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Malaysia perlu bijak kaut untung dari persaingan AS dan China


KUALA LUMPUR- Persaingan kuasa besar antara Amerika Syarikat dan China membawa keuntungan kepada negara-negara seperti Malaysia dan negara lain di rantau Asia Pasifik dengan mengambil peluang dan manfaat daripada kedua-dua negara itu namun perlu berhati-hati.

Bekas Menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Malaysia harus bijak mencari ruang dan peluang bagi mendapatkan keuntungan yang ditawarkan Amerika Syarikat dan China.


“Ini adalah lanjutan persaingan geopolitik dan saya melihat ini adalah satu keuntungan kepada negara-negara seperti Malaysia, Asia Pasifik dan sebagainya.

“Kita perlu mainkan peranan kita dengan berhati-hati tetapi mengambil peluang ini daripada kedua-dua belah pihak as we’ve done.

“Dan saya rasa, ya mungkin kita tidak tersenarai dalam friendshoring buat masa ini tetapi tidak bermakna bahawa kita tak boleh sepertimana yang kita buat dahulu, strategic neutrality. Kita cuba dapat keuntungan daripada kedua-dua belah pihak. So I see this as a plus,” kata Khairy dalam podcast Keluar Sekejap.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu nama asal ‘Belt Road Initiative’ (BRI) sudah 10 tahun dan sebelum ini ia dilancarkan sebagai ‘One Belt One Road’ (OBOR).

“Lepas tu dalam usaha untuk melembutkan sedikit dia punya tajuk, program tu ditukar menjadi ‘Belt Road Initiative’ ataupun BRI. Ini adalah satu usaha di mana China memberi pinjaman dalam erti kata lain memberi pinjaman kepada negara-negara yang memerlukan infrastruktur dan kalau tak silap saya 150 negara telah pun menjadi beneficiaries kepada BRI selama 10 tahun.

“Ada yang membina pelabuhan, ada yang membina jalan raya, ada yang membina landasan kereta api. Ini antara projek-projek yang selalu dikaitkan dengan BRI. Malaysia juga terlibat pelabuhan di Pahang kalau tak silap saya dan juga ECRL sebahagian daripada BRI.

“Tetapi setelah 10 tahun dan tidak ada usaha sebelum ini dari negara Barat terutamanya Amerika Syarikat untuk mengadakan saingan terhadap BRI. Dulu ada Marshall Plan selepas Perang Dunia ke-2. That was the U.S’s version of reconstruction di seluruh dunia dan untuk perkembangkan pengaruh mereka. Tetapi tidak ada challenge kepada BRI. Tapi 10 tahun yang selepas ini, ada kelemahan BRI. Contohnya ada banyak negara yang tak mampu utuk membayar hutang semula kepada negara China.

“Jadi saya nampak sekarang ini Presiden China, Xi Jinping pun agak melihat kepada BRI how to readjust BRI supaya mungkin tidak taburan duit itu atau pon taburan pinjaman itu tidak sebesar dahulu dan lebih kepada targeted. Dan akhir-akhir ini kita melihat dalam G20 dan sebagainya barulah ada usaha daripada negara-negara Barat iaitu Joe Biden untuk ketengahkan satu program pembiayaan untuk infrastruktur,” katanya.

Sementara itu, Shahril Hamdan berkata, beliau melihatnya sebagai satu kelebihan jika Malaysia boleh menjadikannya sebagai untung.

“Jadi untung itu tidak akan datang bergolek dengan sendiri.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan pergi ke New York untuk UNGA, bersidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Di situ mungkin ada peluang untuk ada lebih banyak hubung jailn bersama negara-negara termasuk negara Amerika Syarikat. Kita tengoklah apa yang mungkin diperkatakan di situ,” ujarnya.