Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Terima 500 aduan kes seksual, Caprice tubuh NGO 'Munafik Hunter'


Penyanyi rap Caprice memberitahu dia menerima lebih 500 aduan berhubung kes jenayah seksual dalam tempoh 24 jam. 

Berikutan daripada itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Aziz, 33, mengambil keputusan mewujudkan badan bukan kerajaan (NGO) Munafik Hunter bagi membolehkan orang ramai mudah membuat aduan berkaitan jenayah seksual.

Terima lebih 500 aduan

Menurut Caprice, laman web NGO itu akan mula diaktifkan pada pukul 9 malam Isnin ini bagi membolehkan orang ramai mendaftar sebagai sukarelawan atau membuat aduan.

Disebabkan Cap tiba-tiba terima lebih 500 aduan, kes atau pengalaman dalam 24 jam, pasukan kami memutuskan untuk tubuhkan NGO.

Caprice yang berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada hari Ahad turut memaklumkan NGO tersebut ditubuhkan dengan slogan demi masa depan anak kita, tiada kompromi.

Maklumkan saya apa yang kami boleh bantu atau kembangkan NGO ini.

Sementara itu, rata-rata rakan artis dan netizen memberi sokongan terhadap Caprice atas usahanya menubuhkan NGO itu dan berharap akan lebih ramai pihak tampil membuat aduan berhubung masalah jenayah seksual yang dihadapi mereka.


Sumber: Caprice