Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Teknologi terkini China pantau, risik dan tangkap kaum Uighur


Kuala Lumpur – Huawei mempunyai pelbagai kepakaran teknologi yang boleh digunakan untuk tujuan jahat perisikan dan pemantauan orang awam, dedah akhbar The Washington Post.
 
Pendedahan itu dibuat selepas wartawan akhbar itu melakukan analisis bahan pasukan pemasaran Huawei yang ditempatkan di laman web mereka.

Analisis mendapati Huawei memasarkan pelbagai teknologi yang boleh membantu pihak berkuasa mengesan individu hanya berdasarkan suara, memantau kepentingan politikus, menguruskan ideologi pendidikan semula dan jadual kerja untuk banduan serta membantu peruncit menjejak pembeli menggunakan pengesan wajah. 


Kewujudan teknologi ini memburukkan lagi kecaman terhadap Huawei yang sudah lama dituduh mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan China dalam pelaksanaan dasar menindas.
 
Huawei juga disekat banyak negara termasuk Amerika Syarikat, India, Kanada dan Jepun untuk terlibat dalam pelaksanaan rangkaian 5G kerana kebimbangan syarikat itu adalah alat perisikan China, tuduhan yang dinafikan syarikat. 

Antara teknologi yang dipasarkan Huawei dalam pendedahan The Washington Post adalah teknologi analisis rakaman suara untuk pihak berkuasa bertujuan menjaga “keselamatan nasional”. Kertas kerja pada 2018 itu bertajuk “iFlytek Voiceprint Management Platform”, dibangunkan secara bersama oleh Huawei dan iFlytek, sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI) China. 

Sistem membolehkan pengesanan individu dengan membandingkan suara mereka dengan pangkalan data rakaman “jejak suara”. 

iFlytek adalah antara 28 syarikat disekat Jabatan Perdagagan AS kerana pencabulan hak asasi manusia ke atas etnik Uighyur di China. 

Teknologi kedua dipasarkan Huawei adalah “teknologi pengesanan lokasi” bagi membantu proses pemantauan pihak berkuasa ke atas “individu berkepentingan” dan sasaran lain dengan mengesan peranti eletronik digunakan sasaran dengan kamera pengesanan wajah dan pelbagai langkah lain. 

Kertas kerja bertajuk “Huawei and PCI-Suntek Technology Video Cloud Big Data Joint Solution” juga boleh mebantu suspek baharu dengan menganalisis pelbagai data pemantauan dalam pangkalan data mereka, ia pada masa kertas kerja dibuat sudah dilaksanakan di Guangdong, antara bandar terpadat China. 

Teknologi kontroversi ketiga Huawei adalah teknologi pemantauan yang dilancarkan di Xinjiang, wilayah penduduk etnik Uighyur. 

Dalam kertas kerja bertajuk “One Person One File Solution High-Level Report”, teknologi digunakan untuk membantu menjaga keselamatan awam di Urumqi, ibu kota Xinjiang yang berjaya menangkap sejumlah “suspek penjenayah”. 

Ia mula digunakan pada 2017, tahun sama penindasan besar-besaran dilakukan ke atas penduduk etnik Uighyur. 

Teknologi ini dibangunkan secara bersama oleh Huawei dengan DeepGlint atau Beijing Geling Shentong Information Technologi, syarikat yang disekat Jabatan Perdagangan AS pada Julai 2021 kerana didakwa melakukan pencabulan hak asasi di Xinjiang. 

Untuk rekod, Huawei mempunyai kerjasama strategik dengan Maxis, syarikat telekomunikasi utama Malaysia.

Disunting dari: WashingtonPost