Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Saguhati RM10,000 kepada Lembaga Pengarah AKSB kerana kerja 'perah minda' -PAS


Pemuda PAS Kelantan menyifatkan pemberian sagu hati setahun sekali kepada ahli lembaga pengarah Air Kelantan Sdn Bhd adalah prosedur biasa.

Ketuanya Mohamad Kamal Mohamed berkata sebagai menghargai kerja-kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan-keputusan dasar kepada pihak pengurusan.

“Lagi pula sebahagian besar lantikan ahli lembaga pengarah iaitu tujuh daripada sembilan orang adalah anggota yang profesional dalam aspek pengurusan dan teknikal air yang tiada apa-apa jawatan dalam parti.


“Soal perbandingan dengan jumlah kepada kakitangan, pada saya iatidak berbangkit kerana sebelum perkara ini viral, langkah penambahbaikan telah dibuat oleh pengurusan AKSB untuk kebajikan kakitangan bagi menghadapi hari raya seperti penjawat awam yang lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dia berkata demikian sebagai mengulas isu kebocoran notis kelulusan pemberian sagu hati AKSB kepada ahli lembaga, kakitangan dan setiausaha syarikat itu.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan seorang individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain mendedahkan salinan notis yang didakwa dikeluarkan AKSB mengenai pemberian Aidilfitri pada tahun ini.

Notis tersebut antara lain memaklumkan AKSB meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli lembaga pengarah AKSB, manakala semua kakitangan syarikat menerima bayaran RM200.

Setiausaha syarikat kepada AKSB pula diberi RM2,000.

Bagaimanapun cubaan Malaysiakini untuk mendapatkan respon lanjut pihak AKSB dan kerajaan Kelantan setakat ini tidak berhasil, malah exco bertanggungjawab dalam perkara itu enggan mengulas lanjut.

Sementara itu Mohamad Kamal berkata walaupun dokumen berkenaan bertahap sulit dan hanya boleh dicapai oleh segolongan orang tertentu sahaja tetapi ia disebar secara tidak wajar untuk tujuan memberikan persepsi negatif terhadap AKSB.

Malah dia turut mencadangkan agar AKSB melakukan siasatan dalaman untuk mencari pihak yang terlibat dalam membocorkan maklumat sulit itu

Katanya, jikalah orang PAS sejahat mereka yang menyebarkan dokumen sulit dan berniat memburukkan kerajaan, boleh sahaja didedahkan bayaran-bayaran one-off bersifat setahun sekali kepada ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan persekutuan yang bukan sedikit juga jumlahnya termasuk syarikat air negeri-negeri.

“Saya masih optimis dengan tatakelola yang baik bukan sahaja menjauhi rasuah tetapi juga melibatkan soal integriti termasuk tindakan perut pedal hodoh mereka yang berniat jahat mendedahkan sesuatu yang secara pentadbirannya biasa diamalkan.

“Tinggal lagi saya mohon mencadangkan agar AKSB boleh menyiasat kebocoran dokumen sulit dalam kalangan kakitangan dan membawa orang yang wewenang mencanangkan prosedur dalaman kepada hebahan awam dengan niat secara tidak baik kepada pihak pengadilan.

Dokumen Sulit itu adalah dokumen yang dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972,” jelasnya.

-MalaysiaKini