Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita mengaku tak bersalah seks dengan dua anak lelaki


KLANG – Seorang suri rumah berdepan hukuman penjara 105 tahun dan enam sebatan atas empat pertuduhan termasuk perbuatan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya berusia 14 dan 12 tahun serta membuat rakaman video pornografi kanak-kanak, tahun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah keempat-empat pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Syafeera Mohd Said.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan ibu kandung melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dengan menghisap kemaluan kanak-kanak tersebut bagi tujuan seksual.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang juga ibu kandung telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berumur 14 tahun dengan menghisap kemaluan kanak-kanak tersebut bagi tujuan seksual.

Pertuduhan ketiga pula, tertuduh selaku ibu kandung melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berumur 14 tahun dengan menyuruh kanak-kanak tersebut memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan tertuduh sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut melakukannya bagi tujuan seksual.

Kesemua tiga perbuatan itu dilakukan di rumah tertuduh di Johan Court, Alam Perdana, Puncak Alam, Kuala Selangor, kira-kira jam 8 malam, November 2022.

Pertuduhan satu dan dua dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebatan bagi setiap satu pertuduhan.

Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 pula memperuntukkan hukuman tambahan penjara tidak lebih lima tahun dan dua kali sebatan bagi setiap satu pertuduhan.

Pertuduhan ketiga pula dibuat mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebatan.

Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 pula memperuntukkan hukuman tambahan penjara tidak lebih lima tahun dan dua kali sebatan.

Sementara itu, bagi pertuduhan keempat pula, tertuduh mengarahkan pembuatan suatu pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Taman Sri Pristina, Sungai Buloh, kira-kira jam 2 pagi, antara 17 hingga 18 Februari 2022.

Kesalahan itu pula dilakukan di bawah Seksyen 5, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.

Akta ini memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dihukum tidak kurang enam sebatan.

Terdahulu tertuduh yang memakai baju blouse berwarna kuning dan tudung berwarna kelabu bercorak bunga diiringi anggota polis ketika memasuki Mahkamah Sesyen di sini, kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana keempat-empat pertuduhan itu adalah kesalahan serius, boleh mengganggu mangsa, saksi dan risiko cubaan melarikan diri.

Mahkamah menetapkan 26 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi keempat-empat pertuduhan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzati Mohamad dan Nur Ayuni Jamri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, wanita itu direman lima hari bermula 3 Mei bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.

Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, Kuala Selangor, pada 2 Mei lepas selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.

Reman wanita tersebut disambung selama tiga hari hingga 10 Mei sebelum suspek diserahkan ke IPD Sungai Buloh untuk siasatan kes yang sama.

 – MalaysiaGazette