Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jho Low dijatuhi hukuman penjara 10 tahun tanpa kehadiran


WASHINGTON: Pelarian antarabangsa, Low Taek Jho atau Jho Low dijatuhkan hukuman tanpa kehadiran selama 10 tahun di penjara Kuwait kerana peranannya dalam pengubahan wang haram minimum AS$1 bilion (RM4.4 bilion) yang dikaitkan dengan AS$4.5 bilion (RM19.8 bilion) yang dicuri daripada dana kekayaan negara Malaysia yang dikenali sebagai 1 Malaysia Development Bhd.(1MDB).

Lapor Nypost, AS$1 bilion (RM4.4 bilion) yang dicuci Jho Low melalui Kuwait dibayar dalam mata wang China, jadi ia kekal di luar sistem perbankan Amerika Syarikat (AS) dan di luar jangkauan Jabatan Kehakiman dan penyiasatnya,” kata sumber yang rapat dengan kes itu kepada Nypost.

Anak lelaki bekas perdana menteri Kuwait, Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, dan lelaki ketiga yang pergi ke sekolah perniagaan Wharton yang berprestij dengan Low, Hamad Al Wazan, juga dijatuhi hukuman penjara 10 tahun setiap seorang.


Dua lelaki lain turut dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun ialah Bachar Kiwan yang kini tinggal di Paris dan peguam Kuwait, Saud Abdelmohsan yang dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun.

Low kini dipercayai tinggal di China di bawah perlindungan Beijing.

“Hukuman itu menunjukkan pihak berkuasa Kuwait serius untuk mendakwa aktiviti pengubahan wang haram walaupun ia dilakukan oleh orang yang berkaitan dengan pegawai tinggi,” kata sumber itu kepada Post. ”

Jho Low menggunakan wang Malaysia yang dicuri untuk membeli seni, hartanah, berlian, dan pakaian berjenama serta beg tangan untuk orang ramai termasuk pelakon, Leo Di Caprio dan bekas model, Miranda Kerr dan Kate Upton.

Selain itu, dia melabur dana 1MDB yang dicuri dalam filem Hollywood seperti The Wolf of Wall Street.

Berita tentang hukuman Low di Kuwait datang ketika pemuzik pemenang Grammy, Pras Michel dibicarakan minggu ini di Washington sebahagiannya kerana didakwa menerima AS$100 juta (RM440 juta) wang curi daripada Jho Low dan menggunakannya untuk pelbagai rancangan jenayah.

Ini termasuk kempen melobi yang didakwa untuk menghentikan Jabatan Kehakiman daripada menyiasat Low dan, secara berasingan, untuk mendapatkan kerajaan AS untuk “memulangkan” seorang buangan China dan sekutu Steve Bannon bernama Miles Kwok atau Guo Wengui, ke China.

 -Utusan