Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zahid umum Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra



KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakubj dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra.

Pengumuman tersebut dibuat semasa Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan pada Rabu.


Media pada Disember tahun lalu melaporkan, pelantikan Ahmad Jazlan ditangguhkan buat sementara waktu.

Ahmad Jazlan sebelum ini antara pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lantikan politik yang sudah menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Felcra, susulan pembentukan kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

AKAN MENYUSUL