Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pendakwaraya kes Najib, Gopal Sri Ram meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, 80, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.

Difahamkan, mendiang yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak, dimasukkan ke hospital berkenaan dua minggu lalu bagi menerima rawatan, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.


Pada 23 November tahun lalu, ketika prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB, pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pemeriksaan utama membabitkan saksi utama kes akan dikendalikan oleh Sri Ram.