Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak logik kos bina semula Stadium Shah Alam RM700 juta -TMJ


PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kos RM700 juta untuk pembinaan semula Stadium Shah Alam sebagai tidak logik.

Sebaliknya Tunku Ismail berkata, teknologi yang bakal digunakan di stadium tersebut sangat canggih dan memerlukan sekurang-kurangnya RM2 bilion untuk menyiapkannya.

"SSI (Stadium Sultan Ibrahim) RM400 lebih juta sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya RM2 bilion kerana mempunyai teknologi yang tinggi. RM700 juta lebih tidak logik," katanya dalam satu komen di laman Instagram.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu menggantikan Stadium Shah Alam


Konsep stadium baharu Shah Alam itu telah diperkenalkan kepada umum yang dijangka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.

Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.

Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, 'ETFE ceramic coating' dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.

-Sinar