Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Nurul Izzah keguguran anak keempat


Kuala Lumpur: Selepas 'berhempas pulas' mengharungi episod pilihan raya, dijangkiti Covid-19 dan sibuk menguruskan kehidupan seharian, Nurul Izzah Anwar yang sinonim dengan jolokan 'Puteri Reformasi' berkongsi kegembiraan apabila 'akhirnya' dapat berpelukan dengan ibu bapanya.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkongsi sekeping gambar di akaun Instagramnya yang memaparkan beliau dengan erat memeluk ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kegembiraan itu, menerusi perkongsian nukilannya di platform berkenaan, beliau turut berkongsi detik sedih apabila memberitahu kehilangan bayi yang dikandungnya.

"Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama, selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Covid-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat.

"Kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya, dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. 'The little boot is gone' (anak kecil ini sudah tiada lagi).

"Sesungguhnya kita milik Allah Dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Syukur Alhamdulillah, saya terfikir mengenai semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza," katanya.

Walaupun kehilangan bayi dikandungnya, Nurul Izzah tetap kuat menempuhi ujian apabila beliau menegaskan tetap mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah kepadanya.

Selain titipan doa sebagai penguat diri, beliau berkata, anaknya turut menjadi dorongan kepadanya untuk terus kuat meniti ujian Yang Maha Esa

"Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa yang kita ucapkan, walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.


"Jadi kepada anda, hampir semua kita yang pernah merasai kehilangan (insan tersayang), kita boleh menitipkan doa, berpelukan secara maya dan beri peringatan bahawa kehidupan perlu diteruskan.

"Dan kegembiraan tidak berbelah bahagi dan kebahagiaan, ia mengintai di setiap sudut sama ada senyuman Safiyah, Harith dan Yu Zhou atau dalam pelukan hangat papa dan mama saya sendiri. Setiap saat adalah penting.

"Selamat pulang ke setiap kemesraan yang anda alami. Penyembuhan adalah satu perjalanan dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini, lakukan sahaja sebelum episod kehidupan baharu seterusnya bermula. Insya-Allah," luah beliau.

Disiarkan pada: Januari 24, 2023 @ 11:05pm