Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mat Sabu minta PM pertimbang bubar parlimen pada Julai 2023


SEREMBAN - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menegaskan tiada keperluan untuk terburu-buru membubarkan Parlimen pada akhir tahun ini yang begitu sinonim dengan musim banjir supaya tidak menyusahkan rakyat.

Malah beliau berkata, tarikh pembubaran parlimen wajar dipertimbangkan bagi memastikan keselesaan pengundi keluar mengundi.

Kalau musim banjir memang susah semua pihak. Saya tahu memang hak perdana menteri, hak kabinet tetapi pertimbangkanlah juga kepada rakyat yang sekarang dah susah menderita nak buat pula dalam musim banjir," katanya kepada pemberita selepas selesai Konvensyen Nasional Amanah di sini pada Ahad.


Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pilihan raya pada musim banjir akan menyebabkan rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan perbelanjaan tinggi.

"Diharap dipertimbangkan. Ada masa sehingga bulan Julai tahun depan. Mereka ada masa," katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti tersebut sanggup meredah banjir untuk berkempen sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada akhir tahun ini yang begitu sinonim dengan musim banjir.

Ahmad Zahid berkata, semua pihak sedang menunggu tarikh keramat pembubaran itu meskipun terdapat kekangan.

-Sinar