Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mat Kilau trending No 1 di Netflix, Syamsul luah rasa syukur


Pelakon dan pengarah filem terkenal tanah air, Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur ekoran filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi trending di Netflix selepas dua hari ditayangkan di platform penstriman itu.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram, beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menonton filem tersebut yang ditayangkan sejak Hari Malaysia (16 September) lalu.

“Filem Mat Kilau sekali lagi viral dan kini trending nombor satu di Netflix. Terima kasih banyak.”


“Filem Mat Kilau ini sejak keluar trailer dah mula viral dulu satu Malaysia sampailah filem ini di pawagam pun trending,” katanya

Tambah Syamsul, komen positif dan negatif dalam pembikinan filem merupakan perkara biasa baginya.



“Komen positif dan negatif normal dalam pembikinan filem. Saya gembira anda semua masih menonton dan menyokong filem saya di Netflix,” jelasnya lagi dalam video berkenaan

Mat Kilau mula ditayangkan di panggung wayang pada 23 Jun lalu dan telah mendapat sambutan yang hangat daripada penonton.

Memetik laporan Kosmo, selepas ditayangkan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura, filem itu telah mencatat kutipan sebanyak RM97 juta.

Filem itu dibarisi oleh pelakon popular tanah air seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Datuk Rahim Razali.