Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rafizi meroyan Najib tangkas jawab pelbagai isu di FB


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mempersoalkan sikap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cukup pantas dan cekap dalam membuat kenyataan mengenai apa-apa isu di Facebook (FB) namun sebaliknya di mahkamah.

“Di FB tangkas dalam 3 jam, di mahkamah kalau boleh 30 tahun pun lagi mahu dipanjangkan,” ujarnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, perbicaraan Najib di mahkamah pada hari ini merupakan keadaan yang terbaik buat bekas Perdana Menteri itu melampirkan segala hujah dan fakta.

“Inilah tempat terbaik untuk Datuk Seri Najib Razak membentangkan fakta, bukannya di Facebook seperti yang dia buat selama ini.

“Di mahkamah ada peraturan yang mengatur penghujahan kita mengikut undang-undang, supaya kita tidak boleh berbohong dan putar alam ikut suka kita,” ujarnya

Sinar Harian pada Isnin melaporkan Najib tiba di Mahkamah Persekutuan bagi prosiding rayuan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Najib yang tiba di mahkamah dengan memakai sut hitam, ditemani ahli keluarga, rakan dan penyokongnya.

Hadir sama ialah peguam utama Hisyam Teh Poh Teik dan peguam bersama Liew Teck Huat serta M Rueben.

Rafizi berkata, tindakan Najib memainkan sentimen Melayu apabila dirinya ‘terkantoi’ di Mahkamah dan memfitnah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terpalit dengan salah laku rasuah sebagai tindakan yang keji.


“Memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan yang direka, itu boleh diterima kerana saya ahli politik.

“Memfitnah Datuk Nazlan, anak Melayu terbilang yang mewakili jati diri orang Melayu, yang dihormati rakyat pelbagai kaum, adalah satu perbuatan terkutuk, “ ujar beliau lagi.

Beliau sekali lagi mendoakan agar hakim-hakim-hakim yang jujur dan adil dilindungi ALLAH.

“Sama-sama kita doakan supaya hakim-hakim yang jujur dipermudahkan urusan mereka dan kebenaran ditegakkan di negara ini,” katanya lagi.

-