Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki putus kaki, digilis lori tanah dekat Bagan Serai


BAGAN SERAI – Seorang lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) putus kaki kiri apabila dia digilis sebuah lori di Kilometer 111 Jalan Ipoh-Butterworth di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa, Muhammad Rofique Muhammad Amin, 35, hilang kawalan menyebabkan dia terjatuh di atas jalan.





Beliau berkata, mangsa dipercayai menunggang bersebelahan dengan tayar belakang kiri lori tersebut, menyebabkan pemandu kenderaan itu tidak sempat mengelak lalu menggilis Muhammad Rofique.


“Kemalangan itu menyebabkan penunggang mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke Hospital Parit Buntar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mazuki, kedua-dua penunggang motosikal dan pemandu lori dipercayai datang dari Bagan Serai menghala ke arah Parit Buntar sebelum kemalangan itu berlaku. 

– KOSMO! ONLINE