KUALA LUMPUR: Mahkamah hari ini mendengar secara jelas dari Arul Kanda sebagai saksi pada sesi perbicaraan kes Audit 1MDB hari ini.
Ketika Gopal Sri Ram bertanya Arul secara jelas tanpa ragu ragu menjawap “Najib tidak ambil wang 1MDB”.
Arul kanda bekas CEO 1MDB yang cuba ditukar menjadi saksi pihak pendakwa tetapi bertegas jika jadi saksi pendakwa pun dia tidak akan tukar kenyataan nya yang dibuat kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan mahu kekal dengan kenyataan sama.
Pada sesi mahkamah hari ini, apabila Pendakwa Gopal Sri Ram bertanya adakah pada pengetahuannya Najib ada mengambil wang 1MDB? Dengan jelas dan terang tanpa ragu ragu Arul menjawap “tidak ada”.
Arul juga sangat tenang menjawab bila ditanya adakah dia mempertahankan DS Najib ketika membuat ceramah dan menjawab soalan penonton ketika sesi penerangan tentang 1MDB (sebelum PRU14).
Kata Arul, tidak. Beliau sekadar memberi penerangan berdasarkan fakta dan info yang beliau sediakan, bukan pertahankan bekas Perdana Menteri ke-6 itu.
Beliau seterusnya berkata, "Saya lebih suka meminta penonton membuat kesimpulan/keputusan sendiri berdasarkan penerangan saya."
Tiada apa yang boleh mengubah fakta dan pembuktian.
Untuk rekod sehingga kini walaupun ada pihak yang mendakwa Najib mencuri berbilion billion , namun dakwaan mahkamah terhadap Najib sekadar RM43 juta sahaja.
Walaupun begitu, tiada pembuktian Najib yang mengarah atau beri arahan menyuruh Nik Faisal memasukkan nya.
Kemudian kes di reka lagi seperti Najib mengubah kandungan laporan audit, sedangkan ia masih bertaraf ‘draft’ yang semua anggota PAC juga dapat salinan untuk melakarkan apa-apa yang patut di tukar atau didapati tidak betul.
Tapi gambaran cuba diberi seolah olah Najib melakukan berseorangan diri tanpa dibincang Bersama ahli panel yang lain.
Berbalik kepada perbicaraan mahkamah hari ini, tak timbul langsung isu Arul Kanda menipu bila beliau memberi keterangan tiada dana 1MDB masuk ke akaun DS Najib Razak .
Beliau sekadar menjawab soalan dari Gopal berdasarkan rekod dan dokumen yang beliau teliti dan kaji setelah menyertai 1MDB sebagai Presiden dan CEO.
Kalau ingat lagi, TS Ismee juga tak pernah kata duit 1MDB masuk ke akaun DS Najib bila ditunjukkan kepadanya carta aliran wang dari Tanore.
Yang menariknya, Arul tak jumpa rekod duit 1MDB masuk akaun DS Najib tapi beliau berjaya membongkarkan tentang syarikat palsu Aabar dan fake PetroSaudi (PSI) dalam rekod 1MDB.
Beliau akui mengalami kesukaran kerana tidak mendapat kerjasama dari pengurusan 1MDB untuk mendapatkan dokumen dan lain lain.
Disebabkan inilah, beliau telah mencadangkan kepada Najib agar 1MDB diaudit oleh pihak ketiga iaitu Jabatan Audit Negara (JAN), dan seterusnya cadangan ini diperkenan oleh kabinet.
Arul juga memberitahu mahkamah bahawa Najib tidak pernah mencampuri urusan 1MDB tetapi beliau menggambarkan kerisauannya terhadap kemampuan 1MDB dalam membayar hutang serta kelewatan projek TRX dan Bandar Malaysia.
Maka, dari beberapa perbincangan dan pertemuan dengan DS Najib, Arul telah merancang Pelan Rasionalisasi 1MDB bagi menstruktur semula syarikat ini.
Jelas, Arul satu satunya CEO 1MDB yang berurusan terus dengan DS Najib dalam mentadbir 1MDB, tidak seperti Shahrol dan Hazem yang mengikut telunjuk Jho Low.
Namun bukti jelas kononnya Najib mencuri tetap tidak ada, dan pada hari ini Arul Kanda mengesahkan nya sekali lagi.
-MyKMU/ RF Lias