Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tajuddin buktikan Muhyiddin bersih dan berintegriti -Bersatu


Selain mendedahkan 'pekung' di dada Umno yang sedang berkecamuk, Bersatu Johor berpendapat, kenyataan dibuat Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini turut membuktikan Muhyiddin Yassin seorang yang berintegriti.

Pengerusi Bersatu Johor Saruddin Jamal berkata Umno kini memang bergolak dengan masalah dalaman mereka.

"Pendedahan Tajuddin bahawa Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) mengadu mengenai keengganan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membantu kes mahkamahnya membuktikan Muhyiddin Yassin seorang pemimpin yang bersih dan berintegriti," katanya hari ini.

Kenyataan itu juga kata Sahruddin mengesahkan semua penegasan dibuat presiden Bersatu itu mengenai adanya gesaan daripada pemimpin tertentu dalam Umno untuk menyelesaikan kes yang dihadapi mereka.

Bekas menteri besar Johor itu berkata demikian sebagai mengulas pelbagai pendedahan dibuat Tajuddin mengenai isu dalaman Umno dalam sidang medianya pada 27 Jun lalu.

Bekas pengarah pilihan raya Umno Malaysia itu mengadakan sidang media tersebut beberapa hari selepas dia dipecat daripada menjadi ahli majlis kerja tertinggi (MKT) parti berkenaan.

Selain itu Tajuddin turut membuat beberapa dakwaan termasuk wujudnya gerakan pemimpin kanan Umno untuk memujuk Ahmad Zahid - yang kini berdepan dengan 47 pertuduhan di mahkamah - supaya berundur pada 2020.

Untuk rekod Sahruddin merupakan menteri besar Johor semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan, dan selepas Langkah Sheraton dia bersama Bersatu Johor memberikan sokongan kepada Umno untuk membolehkan Adun Benut merangkap pengerusi Umno negeri itu Hasni Mohammad menjadi menggantikannya.


Sahruddin berkata pendedahan Tajuddin juga membuktikan Ahmad Zahid sanggup berbohong kepada ahli Umno demi kepentingan peribadi.

"Pendedahan ‘saksi hidup’ Pasir Salak itu diharap dapat menyedarkan rakyat khususnya ahli-ahli Umno akan ketidakjujuran yang dilakukan oleh kepemimpinan tertinggi parti tersebut selama ini.

"Amat malang bagi ahli sebuah parti yang sering melaungkan soal kestabilan politik apabila pimpinannya sendiri tidak bersikap jujur dan sanggup untuk melakukan apa sahaja termasuklah berbohong untuk agenda atau kepentingan peribadi.

"Pentadbiran kerajaan juga seharusnya diterajui oleh individu yang berintegriti, mempunyai akauntabiliti serta prihatin terhadap kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat, bukannya yang tidak memiliki nilai moral," katanya.

-Malaysiakini