Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis Johor siasat kes penderma darah diberi mi segera perisa babi percuma

Gambar sekadar hiasan


Penderma darah di Johor Bahru didakwa telah diberikan mi segera berperisa babi sebagai cenderahati ketika program derma darah di sebuah pusat membeli-belah. 

Kejadian yang mengejutkan ramai orang kini sudah pun memasuki proses siasatan oleh pihak polis, mengikut laporan Berita Harian.

Difahamkan bahawa sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) telah menganjurkan kempen derma darah.

Para pengunjung telah diberikan sebuah beg sebagai cenderahati dan di dalamnya terdapat mi segera berperisa babi.

Polis Daerah Batu Pahat dalam satu kenyataan memberitahu bahawa pihaknya menerima satu laporan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan.


Tambah polis lagi, sebahagian penderma beragama Islam mendapati di dalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

Katanya, beberapa individu yang terbabit telah dipanggil dan beberapa rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.

-Vocket