Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kekosongan jawatan ahli MKT UMNO, Isham Jalil ganti Tajuddin?


KUALA LUMPUR: Setelah sah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diumum telah digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, kini tular pula khabar angin mengatakan bahwa kekosongan tersebut akan diisi oleh bekas Ketua Penerangan BN Selangor iaitu saudara Isham Jalil.

Ini dikuatkan lagi setelah Isham memuatnaik hantaran beliau di facebook yang mengatakan bahawa beliau dipanggil untuk menghadiri mesyuarat MKT UMNO pada hari ini.

"Saya telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO YB Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa saya telah dijemput untuk menghadiri sesi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC pada malam ini." ujar Isham di Facebook.

"Terima kasih kerana sudi jemput saya untuk menghadiri sesi mesyuarat bagi badan tertinggi parti pada malam ini."


"Saya akan hadir. Sebagai ahli UMNO dari akar umbi, saya akan bantu parti dengan apa yang termampu untuk kepentingan rakyat dan negara. Terima kasih. Salam."

Pagi tadi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu atas khidmatnya sebagai ahli MKT.

Ahmad bagaimanapun tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat dalam surat itu.

-Tun Carlos