Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hadi buat pusingan U, setuju PRU15 diadakan segera


PILIHAN raya umum wajar disegerakan untuk memastikan kestabilan kerajaan, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, ia perlu disegerakan walau PAS pada dasarnya mahu kerajaan persekutuan yang disertai parti it waktu ini kekal sehingga akhir penggal.

“Memanglah pada dasarnya kita bersetuju PRU 15 diadakan sehingga habis penggal. 

“Tapi kalau dalam keadaan yang memerlukan untuk mmbina kekuatan dalam kerajaan perlu disegarakan PRU itu. Kita tengok keadaanlah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan bekas perdana menter Dr Mahathir Mohamad yang menyarankan PRU15 diadakan selepas Julai tahun depan.

Hadi sebelum ini membantah PRU15 diadakan dengan segera dan mahu kerajaan yang ada sekarang diberi peluang memerintah sehingga habis tempoh.


Pada waktu itu, Hadi berkata tidak ada keperluan mengadakan PRU15 terburu-buru ekoran krisis ekonomi dan pandemik Covid-19.

Beliau juga mengumumkan DUN di tiga negeri dikuasai PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan sekiranya PRU15 diadakan lebih awal.

PRU15 perlu diadakan selewat- lewatnya pada pertengahan September 2023 iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023. – 24 Jun, 2022.

-TheMalaysianInsight