Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lima pelajar USAS rentung dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora



KUALA KANGSAR – Identiti kesemua mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sungai Perak dan Terowong Menora di sini telah dikenal pasti.

Mangsa terlibat dikenali Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Difahamkan, kesemua mangsa terbabit merupakan pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.


Perkara itu disahkan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr. Ahmad Zaki Hasan.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam itu, kesemua mangsa rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan treler membawa muatan mozek dan besi pagar.

Dalam kejadian tersebut, pemandu treler berusia 28 dan 37 tahun tidak cedera. 








– KOSMO! ONLINE