Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Saifuddin mengaku diberi tugasan pujuk Najib dan Zahid sokong Anwar jadi PM


KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui dirinya hanya menjalankan tugas memujuk dua pemimpin utama UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Menurut beliau, pada waktu itu, dia ditugaskan sebulat suara oleh kepemimpin partinya untuk memujuk Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi sokongan kepada Anwar.

Apabila Kerajaan PH jatuh, parti berbincang, PH berbincang. Keputusan diambil tugasan diberikan kepada beberapa kepimpinan tertentu. Bermaksud ia bukan soal Saifuddin berunding, ia adalah keputusan kolektif setelah pimpinan parti dan PH berbincang.

“Dia beza, dengan Saifuddin pandai-pandai bincang dengan Saifuddin diberikan peranan dan tugasan sesuai dengan keputusan konsesus parti-parti dalam PH.

“Tugasan saya diberi untuk saya dekati pimpinan dari Sabah dan Sarawak. Peranan juga diberi kepada saya untuk berjumpa parti-parti di luar PH. Ahli Parlimen (MP) bebas, MP dari parti Islam, UMNO kesemua sekali. Yang kita perlukan bukan mereka berpindah parti. Yang kita perlukan adalah komitmen sokongan,” katanya.

Menurut Saifuddin, beliau tidak memandai-mandai dalam memujuk Zahid dan Najib untuk menyokong Anwar.

Saifuddin yang menjawat jawatan Setiausaha Agung PKR ketika itu berkata, beliau tidak perlu berselindung dengan tugasan yang diberikan kepadanya dalam memujuk Zahid dan Najib.

“Saya akui kita telah menghantar surat ke Istana Negara. Kita ada dokumen yang sah dari segi undang-undang yang membuktikan angka sokongan.

“Istana bukan perbuatan dan kerja main-main. Kerana itu saya laksana tugas saya. Kalau end game dia tidak berkesampaian sudah tentu perkara lain turut mempengaruhi.

“Saya ulangi keputusan saya berunding dalam pengetahuan pimpinan parti. Keputusan saya berunding dalam pengetahuan kepimpinan PH. Kita laporkan kemajuan secara terbuka dalam mesyuarat-mesyuarat parti,” kata Saifuddin.

Malah menurut beliau, perkara itu turut dimaklumkan kepada semua ahli Parlimen PH tanpa berselindung.

Beliau menjawab soalan yang dilemparkan oleh seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam acara debat yang disiarkan secara langsung oleh sebuah portal berita hari ini.

Rafizi dalam soalannya mahu Saifuddin menjelaskan peranannya dalam perundingan dengan Zahid dan Najib untuk dapatkan sokongan UMNO terhadap Anwar untuk jadi Perdana Menteri.


“Sehinggalah insiden Datuk Seri Anwar mengumumkan angka tetapi tidak ada. Soalan saya, bolehkah Datuk Seri Saifuddin berterus terang  kepada rakyat dan anggota parti rentetan peristiwa dan bagaimana Datuk yakin bahawa Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Najib akan mengotakan janjinya untuk menyokong Datuk Seri Anwar,” tanya Rafizi.

Pada 22 September 2020 Anwar mendedahkan mempunyai bukti  mendapatkan sokongan strong (kuat), formidable (kukuh) dan convincing (meyakinkan) untuk diangkat menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun pihak Istana Negara kemudiannya menafikan dakwaan tersebut. 

– MalaysiaGazette