Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki berat 275kg patah dua tulang betis, lif terputus


Seorang lelaki dengan berat badan 275 kilogram cedera selepas tali lif yang dinaikinya putus dalam satu kejadian di Kota Malang, Jawa Timur baru-baru ini, lapor TribuneSolo.com.

Mangsa, Dwi Ariesta Wardhana, 38, dilapor mengalami patah tulang betis selepas lif barang yang dinaikinya terjatuh dari tingkat dua dengan ketinggian tiga meter.

Ketika kejadian, Dwi yang tinggal di perumahan Puri Kartika Asri, Kelurahan Arjowinangun di Kedungkandang, mahu menaiki lif barang yang baru direnovasi.

Bagaimanapun, semasa mahu menekan butang lif, secara tiba-tiba tali lif itu terputus menyebabkan dia terjatuh sehingga kedua-dua betisnya patah.

Menurut Pengawai Pemindahan PMI Kota Malang, Naufal Zhorifah, beliau mendakwa pihaknya menerima maklumat kes itu pada jam 10.20 pagi waktu tempatan.

“Sebenarnya, mangsa telah terjatuh pada jam 9.00 pagi, namun pihak keluarga menghubungi kami pada jam 10.20 pagi berikutnya.

“Kami tiba di lokasi kejadian sekitar jam 10.47 pagi,” ujarnya lagi.

Sementara itu, ketua pasukan bomba Kota Malang berkata, misi menyelamatkan mangsa mengambil masa tiga jam, bermula dari lokasi kejadian hingga ke Hospital Saiful Anwar.


Difahamkan, misi menyelamat tersebut memerlukan kekuatan 12 anggota bomba untuk mengangkat mangsa.

Menurutnya lagi, penyelamat terpaksa menggunakan tali webbing berserta papan tripleks setebal 18 milimeter serta kain terpal untuk mengangkat mangsa.

Setibanya di hospital, petugas perubatan terpaksa menyediakan dua buah katil untuk meletakkan mangsa bagi tindakan rawatan selanjutnya.

Sumber: TribuneSolo.com