Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Calon-calon pemilihan PKR cabang PD desak batalkan undian


SEREMBAN: Pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan membuat siasatan sebaiknya dalam setiap aduan yang diterima selepas berakhirnya proses pengundian secara fizikal Pemilihan PKR 2022 peringkat Negeri Sembilan, semalam.

Koordinator JPP PKR negeri, Bahrom Abu Bakar berkata, semua aduan tersebut diberi perhatian sebaiknya bagi diambil tindakan dan keputusan sewajarnya.

“Pihak atasan JPP akan membuat siasatan dengan sebaiknya di atas semua aduan yang diterima. Keputusan dan tindakan terbaik akan dibuat,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Semalam, proses pengundian secara fizikal bagi cabang Port Dickson yang diadakan di Dewan Bandar Springhill, Port Dickson sedikit kecoh selepas tiga daripada empat calon ketua cabang mendesak supaya proses pengundian itu dibatalkan.

Ia selepas mereka mendakwa terdapat unsur penipuan dalam proses pengundian tersebut.

Sementara itu Bahrom berkata, secara keseluruhannya, proses pengundian secara fizikal di lapan buah cabang di seluruh negeri ini berjalan lancar dan tiada yang dibatal atau ditangguhkan. 

– UTUSAN