Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Terbaik!' Najib puji bantuan banjir PM, tapi masih mahu i-Citra



"Terbaik." itu kata-kata bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak setelah Perdana Menteri Ismail Sabri mengumumkan pajek bantuan banjir baru-baru ini.

Walaupun begitu, menurut Najib ia tak bermakna beliau bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran KWSP. 

"Saya tak U-Turn. Tetap mahu I-Citra 10k sebab ianya tidak ada kaitan dengan banjir."

"Tapi Kan hari itu saya rayu agar bantuan banjir dinaikkan? Lepas dinaikkan, saya wajib puji dan senarai kan bantuan baru kerajaan. "




Selaras dengan pengumuman YAB PM semalam, berikut adalah inisiatif-inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir:⠀
📌 Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa⠀
📌 Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air. 

📌 Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas. Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah⠀
📌 Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir⠀
📌 Rebat Bil Elektrik 100% bagi bulan Disember
📌 Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta. Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan⠀
📌 Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir⠀
Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000. 

sumber: FB Najib Razak