Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Benarkah monopoli DAP ke atas orang Cina sudah pecah? Ini penjelasannya




Nampaknya bukan saja melayu berpecah belah tapi dalam masyarakat Cina pun dah berpecah mengikut tulisan baru Joceline Tan dalam The Star. 

Daripada perang mulut di antara pengasas asal World Chinese Economic Forum (WCEF) , Lee Kim Yew dengan chairman baru WCEF iaitu Cheah Chyuan Yong, antara dua organisasi yang bersaing, nampak sakan juga lah mereka bergocoh.

Jarang nampak organisasi cina menyebelahi Najib Razak secara terbuka sampai macam tu sebelum ni.

WCEF yang baru dianjurkan oleh ISI International Strategy Institute, iaitu sebuah  organisasi pesaing kpd organinasi GCETS yang dipegang oleh Lee Kim Yew sekarang. 

Daripada siri hentam menghentam sesama mereka, menunjukkan masyarakat Cina kita dalam persimpangan dilema. 

Warlord-warlord Cina berlumba-lumba utntuk menunjukkan kepada Beijing yang mereka paling berupaya menyediakan platform kepada pelaburan-pelaburan daripada China.

Komuniti Cina sedar yang PRU15 bukan lagi pasal 1MDB atau rasuah, tapi sebaliknya pasal stability untuk politik dan ekonomi. 

Tak pernah lagi sehari dalam hidup rakyat Malaysia tenteram sejak PRU14 pada 2018, itu semua orang sedia maklum.

Lepas kelam kabut masa kerajaan Pakatan Harapan, tunjuk perasaan terbesar masa ICERD , lepas tu kerajaan jatuh, lepas tu COVID, lepas tu kerajaan tukar lagi dan skarang banjir pulak. 

Tahun ni peniaga-peniaga mahukan kembali stability. 

Sebab tu dalam forum World Chinese Ecenomic Forum, Najib mengingatkan masyarakat cina yang dia dulu berjaya wujudkan persekitaran ekonomi yg baik,  mempertahankan polisi-polisi dan dasar-dasar yang memudahkan pelaburan China-Malaysia. 

"If you speak tu Chinese business people today, many of them will admit Najib was the most Chinesefriendly PM" The Star quoting an advisor to a chinese school  association.

Nampak dalam PRN Melaka dan PRN Sarawak, parti BN dan GPS menang besar manakala PH kalah teruk. 

Apa yg berlaku masa PRU14 menunjukkan hanya Mhathir mampu menangkan PH , sesuatu yang Anwar tak mampu. PH di bawah Anwar kalah teruk dalam PRN Melaka dan Sarawak. 

Bila dilihat Mahathir tak lagi akan bersama Anwar nampaknya jika undi juga PH hanya akan sia-sia malah mewujudkan suasana politik yang tak stabil.

Adakah pattern pengundian akan kekal seperti PRN Melaka dan Sarawak? 

Eloklah BN lebih berhati-hati dalam menentukan strategi.