Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Netizen tak senang Janna Nick muat naik video mesra dengan kekasih di luar negara


Umum tahu mengenai kisah percintaan antara artis serba boleh Janna Nick dan aktor kacak Dini Schatzmann. 

Pelakon DiniSchatzmann berusia 27 tahun itu mula mengenali Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, ketika sama-sama membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius sebagai pasangan kekasih sejak tahun 2019.

Kongsi video tahun baru

Membuka lebaran tahun 2022, Janna memuat naik sebuah video yang menggabungkan beberapa memori bersama Dini di Instagram(IG) miliknya.

Antara potongan rakaman yang di kongsikan adalah ketika sambutan hari lahir Janna, malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dan sewaktu berada di L0ndon bagi menjalani penggambaran.

Pelakon berumur 27 tahun itu turut menulis kapsyen dengan menyatakan Dini akan kekal bersamanya hingga akhir hayat.

Hantaran tersebut turut menarik perhatian rakan selebriti untuk meninggal kan komen antaranya Lisa Surihani, Mawar Rashid, Yasmin Hani, Nad Zainal dan Adeline Tsen.

Bagaimanapun, menjengah di ruangan komen ada segelintir netizen yang tak senang duduk menonton adegan ‘sweet’ pasangan ini.

Justeru, rata-rata pengikut mencadangkan kepada pelakon drama Marry Me Senorita untuk segera menghalalkan hubungan mereka.

Link video




-SantaiViral