Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

AirAsia umum tukar nama



PETALING JAYA: AirAsia Group Bhd bercadang menukar nama kepada Capital A Bhd, menurut fail di Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, cadangan penukaran nama telah diluluskan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dimuktamadkan oleh syarikat pada 28 Dis.

Pertukaran nama itu kini tertakluk kepada persetujuan pemegang saham syarikat pada mesyuarat agong yang akan diumumkan kemudian.

“Jika diluluskan oleh pemegang saham, ia akan berkuat kuasa dari tarikh pengeluaran notis pendaftaran nama baharu oleh SSM kepada syarikat,” katanya.

Syarikat penerbangan itu baru-baru ini telah menerima suntikan tunai berjumlah RM975 juta dan menyelesaikan terbitan haknya pada 31 Dis sebagai sebahagian daripada strategi pengumpulan dana keseluruhannya.

Kumpulan itu menjangka suntikan modal itu dapat membantu memulihkan syarikat penerbangan tahun ini.

-FMT